Saturday, March 6, 2010

Apakah Itu Dinar ?

Bahgian I

Apakah Itu Dinar?

Untuk menjawab soalan ini, mari kita membaca dasar-dasar hukum tentang apa dan bagaimana istilah dinar itu, diantaranya:
1.      Atsar Umar bin Khattab رضي الله عنه:, beliau mengatakan bahawa perbandingan berat antara dinar dengan dirham ialah 7 dinar setara dengan 10 dirham.
2.      Sejarawan muslim masyhur, ibnu khaldun, menyatakan bahawa berdasarkan ijma 'sahabat, tabi'in, dan para ulama'-ulama' sesudahnya, berat 1 mithqal atau 1 dinar adalah setara dengan berat 72 tangkai gandum.

Dari keterangan di atas, boleh dikesimpulankan sebagai berikut:-
   1.      1 dinar = 1 mithqal
   2.      1 dinar = 72 tangkai gandum
   3.      7 dinar = 10 dirham
   4.      1 dinar = 4,25 gram
   5.      1 dirham = 2,975 gram

Yang perlu diperhatikan daripada dalil-dalil di atas, bahawa penyebutan istilah dinar dan dirham selalu dihubungkan dengan unit berat, tidak ada dalil yang menghubungkan langsung antara istilah dinar dengan karat. Dengan kata lain, dinar dan dirham pada dasarnya adalah merupakan unit berat.
 Untuk lebih jelasnnya, perhatikan hadith berikut ini :-

Hadis Anas bin Malik رضي الله عنه: ia berkata: Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu baginda bertanya: Apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar harga lima dirham emas. Rasulullah صلی الله عليه وسلم lalu bersabda: Semoga Allah memberkatimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing.

Hadis Anas bin Malik tersebut menjelaskan anggapan yang ada di masyarakat bahawa dirham itu haruslah sebuah koin perak. Juga Semakin jelas dari hadith di atas bahawa dirham itu lebih merupakan unit berat. Kerana dirham adalah unit berat, maka tentu saja dinar juga merupakan unit berat, sebab hubungan antara dinar dan dirham adalah hubungan perbandingan berat.

Kesimpulan yang selalu diambil dari penjelasan ini adalah:
   1.      istilah dinar & dirham adalah unit berat
   2.      yang dimaksudkan dengan "1 dinar emas" adalah "emas seberat 4,25 gram"
   3.      kerana dinar & dirham adalah unit berat, maka tidak ada hubungan langsung antara dinar dengan karat suatu emas, sebab keduanya adalah berbeza. Karat adalah salah satu keaslian/kemurnian (%), sedangkan dinar adalah unit berat (gram).


Artikal ini diambil dari : Dinaremas24k

0 comments: