Sunday, August 8, 2010

Unit Berat Lama Kepada Unit Berat Moden

Unit Berat Lama Kepada Unit Dalam Gram
Emas Se Amas = 2.551 gram
Emas Se Rial =2.70 gram
Emas Se Kupang = 0.64 gram
Emas 2 Kupang = 1.28 gram
Emas 6 Suku (1½ mayam) = 5.06 gram
Emas 5 Busak (½ Mayam ) = 1.69 gram
Emas 1 Mayam = 3.37 gram
Unit Timbangan Lama
16 tahil = 1 kati
kati = 600 gram
100 kati = 1 pikul
1 pikul = 60.48kg

Unit Menyukat
1 leng = 2 kepul
1 kal = 2 leng
1 cupak = 4 kepul
1 gantang = 4 cupak
4 cupak = ~2.8kg

Tuesday, March 16, 2010

Barang Kemas 916

Rantai Leher 916

Sold Out!

Berat : 31.10gram
Harga : RM120/gram
Jumlah : RM 3,732.00

Offer :
RM 3,650.00

Barang Kemas 916

Gelang Tangan 916


Sold Out!

Berat : 26.8gram
Harga : RM 120/gram
Jumlah : RM 3,216.00

Offer :
RM 3,150.00

Saturday, March 6, 2010

Apakah Itu Dinar ?

Bahgian I

Apakah Itu Dinar?

Untuk menjawab soalan ini, mari kita membaca dasar-dasar hukum tentang apa dan bagaimana istilah dinar itu, diantaranya:
1.      Atsar Umar bin Khattab رضي الله عنه:, beliau mengatakan bahawa perbandingan berat antara dinar dengan dirham ialah 7 dinar setara dengan 10 dirham.
2.      Sejarawan muslim masyhur, ibnu khaldun, menyatakan bahawa berdasarkan ijma 'sahabat, tabi'in, dan para ulama'-ulama' sesudahnya, berat 1 mithqal atau 1 dinar adalah setara dengan berat 72 tangkai gandum.

Dari keterangan di atas, boleh dikesimpulankan sebagai berikut:-
   1.      1 dinar = 1 mithqal
   2.      1 dinar = 72 tangkai gandum
   3.      7 dinar = 10 dirham
   4.      1 dinar = 4,25 gram
   5.      1 dirham = 2,975 gram

Yang perlu diperhatikan daripada dalil-dalil di atas, bahawa penyebutan istilah dinar dan dirham selalu dihubungkan dengan unit berat, tidak ada dalil yang menghubungkan langsung antara istilah dinar dengan karat. Dengan kata lain, dinar dan dirham pada dasarnya adalah merupakan unit berat.
 Untuk lebih jelasnnya, perhatikan hadith berikut ini :-

Hadis Anas bin Malik رضي الله عنه: ia berkata: Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu baginda bertanya: Apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar harga lima dirham emas. Rasulullah صلی الله عليه وسلم lalu bersabda: Semoga Allah memberkatimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing.

Hadis Anas bin Malik tersebut menjelaskan anggapan yang ada di masyarakat bahawa dirham itu haruslah sebuah koin perak. Juga Semakin jelas dari hadith di atas bahawa dirham itu lebih merupakan unit berat. Kerana dirham adalah unit berat, maka tentu saja dinar juga merupakan unit berat, sebab hubungan antara dinar dan dirham adalah hubungan perbandingan berat.

Kesimpulan yang selalu diambil dari penjelasan ini adalah:
   1.      istilah dinar & dirham adalah unit berat
   2.      yang dimaksudkan dengan "1 dinar emas" adalah "emas seberat 4,25 gram"
   3.      kerana dinar & dirham adalah unit berat, maka tidak ada hubungan langsung antara dinar dengan karat suatu emas, sebab keduanya adalah berbeza. Karat adalah salah satu keaslian/kemurnian (%), sedangkan dinar adalah unit berat (gram).


Artikal ini diambil dari : Dinaremas24k

Tentang Dinar

Bahagian II

Berapa Seharusnya Kemurnian Pada Syiling Dinar Emas dalam islam?
Dari tulisan Bahagian I telah kita mengetahui bahawa istilah dinar pada dasarnya merupakan istilah untuk menyatakan unit berat / massa. Akan tetapi, tidak boleh dinafikan lagi bahawa istilah dinar ini telah menyempit menjadi istilah yang sering digunakan untuk menyebut sebuah koin emas dalam islam. Soalan berikutnya adalah, Berapa seharusnya kadar kemurnian dalam syiling dinar emas yang dimaksudkan dalam syariat islam? Untuk menjawab soalan ini, marilah kita melihat kaitan antara Dinar Emas dengan nishab zakat emas. Kaitan ini bisa dipakai untuk menganalisa berapa seharusna karat / kadar kemurnian dalam syiling dinar emas yang dimaksudkan dalam syariat islam. Nishab emas kena zakat adalah apabila emas tersebut berjumlah 20 dinar dan telah tersimpan selama 1 tahun. Zakat yang harus dikeluarkan adalah sebanyak ½ dinar. Dalil-dalil yang menyebutkan tentang hal ini antara lain adalah sebagai berikut:-

"Dan tidak ada kewajipan atasmu sedikitpun, iaitu emas, hingga engkau mempunyai dua puluh dinar"

(HR. Abu Dawud no. 1558, at Tirmidzi no.616, an Nasai V/37, Ibnu Majah no. 1790 dan Ahmad I/121, dari jalur 'Ali radhiyallaHu' anHu, dihasankan oleh al Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Baari dan dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud no. 1391)

Emas kena nishab yang dimaksudkan disini adalah Emas Asal, tanpa bahan asing. Emas Asal ertinya adalah Emas Murni, tanpa ada campuran perak mahupun tembaga, sebab perak ada nishabnya tersendiri. Untuk menguatkan perkara ini, berikut kutipan dari pendapat para ulama mahupun badan amil zakat tentang berapa kadar emas yang disebutkan dalam nishab 85 gram :-
1.      Syaikh Shalih Al-Uthaimin dalam Syarh Al Mumti '6 / 103. menyatakan bahawa nishab zakat untuk Emas adalah sebanyak 20 dinar atau 85 gram emas murni.
2.      Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa'di menyatakan: "Katakan sesorang mempunyai emas 150 gram, maka yang terkena zakat hanya 96 gram saja (yang dikali 2,5%) kerana yang terkena hanya kelipatannya sahaja. Inilah kasih sayang Allah terhadap hambanya. ".
Penjelasan: beliau menyebut emas yang kena zakat ialah 96 gram iaitu beliau beranggapan bahawa emas yang dimaksudkan adalah emas ~ 22k. Apabila emasnya murni, maka nishab zakat adalah sesuai dalil hadith, iaitu 85 gram.
3.      Diketahui satu dinar setara dengan 4,25 gram emas, sehingga nishabnya ialah 20 dinar dikali dengan 4,25 gram emas menjadi 85 gram emas (Lihat al Fiqh al Islami wa Adillatuh I/146). Dan emas yang dimaksudkan adalah emas 24 karat (Lihat Shahih Fiqh Sunnah Jilid 3, hal. 22)
4.      Kementerian wakaf Kerajaan arab saudi menyatakan bahawa nishab zakat adalah 85 gram emas murni. Adapun emas yang tidak murni harus dikurangkan sesuai dengan berat sebatiannya. Dalam emas 18 karat (6 / 24 = 1 / 4), umpamanya, harus dikurangkan satu perempat, kemudian selebihnya dizakati. Dan dalam emas 21 karat (3 / 24 = 1 / 8), umpamanya, seperlapan harus dikurangkan, kemudian selebihnya dizakati. Demikian pula cara pengiraan perak tidak murni.
5.      Lembaga Manajemen Infaq (LMI) menyatakan bahawa nishab zakat emas ialah 85 gram emas murni. Dengan catatan, apabila emasnya adalah 22 karat, maka nishab emasnya berubah menjadi 96 gram.
6.      LEMBAGA MANAJEMEN INFAK, ZAKAT dan SHODAQOH Masjid Manarul 'ILMI ITS menyatakan: nishab zakat emas tulen adalah 85 gram. Untuk emas ~ 22 karat, nishabnya adalah 96 gram.
7.      Rumah Zakat Infaq Sadaqah (ZIS) universiti gajah mada (UGM) menyatakan bahawa nishab daripada zakat adalah 85 gram emas murni.
8.      Majalah Suara Muhammadiyah menyatakan bahawa nishab zakat emas ialah 85 gram emas murni.
9.      Bahagian fatwa dalam Situs islamweb.com menyatakan: "Zakaat must be paid on gold if it reaches the Nisaab (ie the minimum amount liable for Zakaah), which is 20 Mithqaal (a measure which equals 85 grams of pure gold, 1 Mithqal = 4 , 25 grams), this means that one should pay ½ Mithqaal as Zakaat, ie, 2.5% of the value of gold. "
10.     Situs Islamcity.com menyatakan: "Zakat is obligatory when a certain amount of money, called the nisab is reached or exceeded. Zakat is not obligatory if the amount owned is less than this nisab. The nisab (or minimum amount) of gold and golden currency is 20 mithqal, this is approximately 85 grams of pure gold. One mithqal is approximately 4.25 grams. "
11.     international islamic charitable Organisation menyatakan: "At the present time the Nisaab is estimated as the equivalent amount of 85 grams of pure gold in any other currency"
12.     organisasi muslim profesional Tanzania menyatakan: "The Nisaab of gold is three ounces or about 85 grams of pure gold and of silver is 595 grams of pure silver. "
13.     zakatguide.org menyatakan: "The minimum amount of gold or gold currency counted for Zakah is 20 mithqals (4.25 grams of fine gold). "
  14.     dan lain sebagainya


Sudah menjadi ijma 'di kaum muslimin bahawa emas yang dipilih dalam dalil nishab zakat (20 dinar emas) adalah emas murni. Dengan demikian seharusnya dinar yang dimaksudkan dalam syariat islam adalah dinar yang diperbuat daripada emas murni, bukan dinar tidak murni (campuran antara emas dan perak).


Kesimpulan yang boleh diambil dari penjelasan singkat ini adalah:-
   1.      Nishab emas adalah sebesar 20 dinar emas. 20 dinar emas setara dengan 85 gram emas.
   2.      Emas yang dimaksudkan adalah emas asli, tanpa ada campuran bendasing (emas tulin). Hal ini sudah menjadi ijma 'ulama dan kaum muslimin
3.      Kerana nishab emas satuannya adalah dinar emas, maka dinar emas yang dimaksud disini adalah dinar emas murni.
4.      Apabila emas yang dipilih dalam dalil nishab zakat ialah emas yang tidak murni, nescaya akan disebutkan kadarnya. Misalnya "20 dinar emas dengan 9 bahagian emas daripada 10 bahagian". Akan tetapi, kenyataannya tidaklah demikian, dalilnya hanya menyebutkan emas sahaja tanpa menyebutkan kadarnya. Sehingga sudah qathi bahawa nashab zakat dinar emas yang dipilih dalam dalil adalah dinar emas murni.

Artikal ini diambil dari : Dinaremas24k

Thursday, December 31, 2009

London Gold Fixing

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]


Sunday, December 13, 2009

Harga Emas Harian

Sila klik link di bawah untuk mengetahui Harga Pasaran Emas semasa

1.Harga Emas Nusantara Bullion Exchange (NUBEX)

2.Harga Emas Dinar Kelantan

3.Harga Pelaburan Emas (GIA) Public Bank

4.Harga Pasaran Emas UOB


5.Harga Pasaran Emas Maybank 

6.Federation of Goldsmith and Jewellers Association of Malaysia

7.World Currencies Bloomberg.com


Kenaikan emas dari tahun 2000 hingga 2009

SIMPAN EMAS UNTUK MELINDUNGI SIMPANAN DARI SUSUT NILAI. EMAS TIDAK SUSUT NILAI AKIBAT INFLASI - 0% inflation. NILAI EMAS SEIRING DENGAN HARGA BARANGAN

Tuesday, December 1, 2009

Kaedah Kiraan Zakat Emas dan Perak

  • Emas Perhiasan Wanita

    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan

    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50


  • Perak

    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

Perbezaan 1 Dinar Emas dengan 8 Dinar Emas




Muka Depan 8 Dinar Emas dan 1 Dinar Emas








Muka Belakang 8 Dinar Emas dan tertera berat 34gram dan Emas 22k (916)







Ketebalan 8 Dinar Emas dan 1 Dinar Emas